Skip to main content

Penerangan


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

الحمدلله

Buat biskita yang berminat untuk menjadi ejen pemasaran dan penjualan bagi mewakili pihak kami dalam mengenalkan dan menerangkan mengenai projek PL792 terutama sekali tentang penjualan slot- slot projek, pihak kami sangat-sangat merasa amat berbesar hati atas kesudian biskta menyertai pihak syarikat kami ini. Walaupun hanya sekadar hasil kerja sampingan mungkin ianya boleh juga jadi penambah hasil pendapatan.

Rancangan untuk membukakan ejen pemasaran dan penjualan memang sudah lama kami ingin papar kan di ruangan blog ini, namun keadaan masa yang sangat tidak mengizinkan, menjadikan ianya lewat muncul dalam halaman blog ini.

Tujuan kami membukakan ejen-ejen penjualan dan pemasaran ini,selain daripada mempercepatkan jualan slot-slot projek yang sedia ada, Ianya juga membantu kami untuk mula membukakan peluang kerja buat warga tempatan. Bermakna biskita telah pun melakukan salah satu sahutan titah Baginda Sultan Yang Di pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menangani permasalahan pengangguran, Kini ianya sudah menjadi masalah utama dalam negara kita ini.

Penerangan lanjutan seperti terma dan syarat bolehlah biskita ikuti pada lampiran selanjut nya di ruangan blog ini nanti. Agar tiada sebarang kekeliruan dalam pemahaman mengenai ejen pemasaran dan penjualan ini. 

Sebelum menyudahi bahagian penerangan ini, sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian biskita menjadi ejen pemasaran dan penjualan bagi pihak kami. Sama-samalah kita mendoa kan agar semua perancangan pihak kami akan berjalan dengan lancar dan mudah tanpa adanya sebarang halangan yang melanda.

Sekian ribuan terima kasih


Comments