Skip to main content

Projek PL/S/792






Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua para pelanggan mahupun pada pihak yang sudi melayari halaman blog kami ini, ribuan terima kasih kasih kami ucapkan kerana telah sudi untuk mengikuti intisari perkembangan projek PL/S 792,jalan parit masin. Untuk mengetahui setiap perkembangan terkini lebih terbaru, kami akan mula memuatkan di halaman blog ini agar lebih ramai pihak akan mula mengenali jenis-jenis projek yang akan kami jalankan di tapak perladangan PL/2 792 nanti. 

Haqasya Farming Jaya Sdn Bhd adalah syarikat yang menerajui keseluruhan perladangan di spg 792, jalan parit masin, kampong masin, Negara Brunei Darussalam atau lebih mudah untuk di ketahui syarikat Haqasya Jaya farming Sdn Bhd adalah pemilik perladangan ini, ianya telah di sediakan oleh pihak jabatan pertanian untuk menjalankan projek-projek penanaman tumbuh-tumbuhan bagi penghasilan dan pengeluaran dalam negeri mahupun luar negeri,  dengan ukuran keluasan 10 hektar sebagai tapak permulaan bagi menghasilkan sumber-sumber membangun perekonomian melalui bidang pertanian. Keseluruhan projek di PL/S 792 akan di urus pentadbiran oleh jhonson (salah seorang lembaga pengarah syarikat haqasya farming) dan mohams(selaku rakan kongsi jhonson yang akan menjadi perancang utama projek perladangan ini).

Setelah melakukan pembersihan tapak seluas 10 hektar ini dengan menelan kos perbelanjaan menyecah BND200,000.00 (dua ratus ribu ringgit) akhirnya tapak ladang ini sudah mula dapat untuk di terokai sebagai tapak perkebunan. Namun buat permulaan ini pihak kami telah cuba menanam beberapa macam tanaman agar adanya perubahan pada ph tanah dan juga membentuk perubahan tanah gembur supaya mudah untuk mula melakukan penanaman. Memandangkan tapak ini adalah hutan yang luas dan amat perlu pendedahan agar dapat menjadi tapak tanah gembur. Memandangkan hal ini telah dapat kami atasi agar tanah sebati untuk di jadikan ladang perkebunan maka projek-projek dalam perancangan akan mula kami jalankan.

Insya Allah, kami akan mula menjalanan projek ini secara lebih rasmi pada awal ramadhan nanti di bulan mei 2019. Dengan kelancaran projek ini nanti harapan kami, semoga ianya akan dapat mencapai matlamat impian pemimpin Negara yang amat di sanjung tinggi dan dikasihi iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muiizaddien Waddaulah Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti mana dalam petikan titah baginda behasrat agar masalah pengagguran akan dapat di atasi oleh pihak kerajaan mahupun swasta.
Kami membangun usaha ini untuk menjayakan usaha warga tempatan dan juga agar dapat membantu mengurangkan pengangguran, manakala projek-projek kami ini pula memang ada beberapa pihak yang datang mengajukan tentang penyediaan dana bagi projek ini dan kami sangat merasa sangat berbesar hati dengan memberi kepercayaan untuk menjalankan usahasama melancarkan projek perladangan ini dengan menyediakan sejumlah dana bagi setiap satu projek.

Mengapa Di Sebut Projek PL/S/792?
Ianya di sebut PL/S/792 itu adalah singkatan bagi nama panjang projek ladang simpang 792, agar mudah untuk kami mahupun orang ramai untuk menyebut dan mengingatinya.

Apakah Senarai Perancangan Yang Terkandung Di Dalam Projek PL/S/792 Ini?
Di dalam senarai perancangan projek PL/S/792 ini memang ada banyak yang sudah kami aturkan peringkat demi peringkat namun setakat ini ada 3 projek utama untuk di lancarkan, semua projek ini adalah paling utama dalam senarai perancangan pihak syarikat.

Apakah Projek Utama yang Akan Di Lancarkan Oleh Pihak Haqasya Jaya Farming Sdn Bhd? 
Projek-projek utama yang akan mula di lancarkan atas tapak tanah ini :
1- Projek penanaman tebu secara besar-besaran dan sasaran kami adalah untuk menghasilkan gula pasir. Ianya akan di bekalkan khusus dalam negara sahaja.
2- Projek penanaman stevia secara lebih komersial, ianya bagi menggantikan gula.
3- Projek usaha ternakan Lobster Air Tawar/Lat/Cray fish, Ianya untuk pasaran dalam negeri dan juga luar negara.

Adakah Pihak kerajaan Menyokong Perlaksanaan Projek Yang Akan Di Lancarkan Oleh Haqasya Jaya Farming Sdn Bhd?
kami memang yakin akan adanya sokongan dari pihak kerajaan, jika tidak sudah tentulah kami tidak akan mendapat kebenaran permohonan tanah daripada jabatan pertanian. Memandangkan projek yang kami rancang ini akan meningkat lagi perekonomian negara, dan peluang untuk membukakan peluang pekerjaan bagi warga tempatan juga akan lebih terbuka.

Baiklah setakat ini sahaja dulu penerangan mengenai Projek PL/S/792, semoga maklumat ini akan dapat menjelaskan usaha yang kami jalankan di atas tapak perladangan ini.

Sekian Ribuan Terima Kasih

Comments