Skip to main content

Tentang kami





Assalammualaikum dan selamat sejahtera, Kami doakan pada semua yang membaca nota tentang kami ini akan berada dalam keadaan sehat wal-afiat selalu, di permudahkan segala urusan dan kelancaran rezki buat kita semua pada seluruh keturuna kita hingga hari kebangkitan... amin...
Baiklah... kami mulakan pengenalan mengenai diri kami yang menjadi pemilik fan page ini dengan menggunakan atas nama jhonson mohams. Kami berdua adalah pengusaha yang akan membangunkan perjalanan projek ini dengan keizinan pemilik ladang berkeluasan 10 hektar di iaitu syarikat Aqasha Jaya Farming Sdn Bhd. Keizinan telah di berikan oleh pihak kerajaan melalui jabatan pertanian untuk menghasilkan hasil tanaman bagi menambahkan lagi perkembangan hasil perekonomian negara. Jhonson adalah salah seorang pengarah dalam syarikat Aqasha Jaya Farming sdn Bhd, ia telah di amanahkan untuk menjadi pentadbir urusan pada keseluruhan tapak projek ini. Manakala mohams pula adalah rakan kongsi usahasama dalam membangunan perancangan projek di tapak tanah jalan parit masin, kampung masin, spg 792, beliau pula telah di lantik sebagai pembantu kanan jhonson dalam setiap hal urusan berkaitan tapak di projek ini.
Setelah kerja-kerja pembersihan tapak kawasan ini di jalankan bermulalah pula sesi memulihkan kadar ph tanah dan kandungan lain nya agar dapat untuk menghasilkan apa pun jua jenis tanaman. Sebab itulah ada pelbagai jenis tanaman terkandung di atas tapak projek ini, dan kita boleh lihat pengaturan pengubahsuaian kadar kondisi tanah masih lagi di jalankan. Jika tidak melakukan proses ini maka akan ada sebahagian tanaman yang akan tumbuh tanpa sebarang hasil. Sebab itulah projek perladangan ini akan bermula pada tahun ini, Insya Allah.
Walaupum Jhonson dan Mohams berbeza bangsa dan agama namun mereka keduanya adalah anak jati Negara Brunei Darussalam. kedua-duanya pemegang kad pengenalan pintar berwarna kunning. Sebelum terjadinya pertemuan untuk menjalankan projek pl/s/792 ini, mohams adalah salah seorang individu pertama membuat jualan pemasaran lobster air tawar secara komersial dan beliau memperkenalkan usaha penternakan udang bekara air tawar ini agar akan wujud lebih ramai pengusaha di negara. Bermakna tujuan beliau adalah sama-sama menjalankan usaha penternakan udang kara air tawar.
Misi dan visi dalam perancangan jhonson adalah seiring dengan mohams, namun sebelum mohams di terima menjadi orang kanan beliau ada ada beberapa ujian perlu di jalani terlebih dahulu. Semua penilaian hasil kerja mohams serta pengaturan perancangan telah membuat jhonson berminat untuk memberikan beliau sebagai perancang utama perjalanan projek ini. Kerana kegigihan serta ketekunan yang ada pada diri mohams telah menjadikan satu tarikan yang amat luar biasa.
“Kami hanyalah dua orang pengusaha kecil yang baru saja bermula dan di harap klien-klien yang pernah berikan sokongan pada saya dan juga pada mohams akan dapat tetap terus ada bersama-sama mendukung untuk melancarkan perjalanan projek perladangan ini, kerana kekuatan kita akan lebih kukuh dengan berusaha sama atau lebih senang di sebut bergabung, saya fikir tiada halangan mahu pun batasan jika kesatuan itu terdiri dari golongan bawahan mahupun golongan atasan, asalkan kita sama-sama mahu untuk maju dalam merubah satu kehidupan itu adalah usaha dan usaha itu amat perlu dari bawah bukan dengan cara kotor yang boleh menjadikan sesama sendiri saling membenci atau di benci. kita perlukan satu sama lain tidak perlu untuk sombong atau menunjukkan satu kepuraan seakan-akan kita ada kebolehan kerana ingin untuk menarik minat pada orang yang kita sasarkan boleh untuk di pergunakan. Perlu juga di ketahui tidak ada satu usaha yang di jalankan hari ini bulan depan terus dapat hasil 1000 kali ganda, jadi sesama kita berikan peluang dan ruang agar adanya kelonggaran dalam menjalankan sesuatu usaha perniagaan itu” inilah ungkapan kata-kata daripada jhonson setiap kali membuat perbincangan.
Harapan kami sangat besar pada projek kali ini, kerana ianya akan dapat membantu perkembangan ekonomi pada diri sendiri, pada mereka yang mahu sama-sama membangun kan usaha ini dan juga kepada perekonomian negara. Kami akan terangkan mengenai projek yang akan kami jalankan di atas tapak perladangan ini.
Sebelum menutup tirai nota tentang kami ini, terlebih dahulu kami memohon kemaafan pada sesiapa sahaja yang berkaitan mahupun tidak apabila terbaca atau mengetahui akan perkembangan projek PL/S 792 ini. Kerana kami berniaga bukan untuk menunjukan satu kehebatan mahupun kepintaran tetapi kami mahu berikan satu contoh kerja gigih, dengan semangat yang kuat. Kita perlukan memberi contoh pada generasi akan datang. Jika kita sudah terbiasa dengan kemalasan ini akan menjadi satu kesan buruk pada masa hadapan generasi kita sendiri. Perniagaan ini memanglah di miliki sepenuhnya oleh keluarga jhonson namun mereka sangat terbuka dengan kehadiran sesiapa pun yang ingi sama-sama memajukan usaha perladangan tapak projek ini, kerana kemajuan tapak ini nanti akan memudahkan pihak syarikat untuk membukakan jawatan-jawatan kekosongan bagi pengambilan kerja buat warga tempatan.

Kami juga membuat penjualan secara online dan juga mendatangkan barangan dari luar negara. Kesemua produk online akan kami paparkan di dalam ruangan fan page facebook serta ruangan halaman blog khas penjualan secara online. Bagi sesiapa yang ingin membuat urusan penjualan online kami sedia untuk memberikan perkhidmatan.
Terima kasih kerana kesudian tuan/puan untuk mengetahui tentang kami dan selanjutnya sila ikuti nota-nota berikut mengenai hal-hal perkembangan projek PL/S/792.
wassalam

Comments