Skip to main content

Soalan Lazim Mengenai Lat

Assalammualaikum,
Di sini kami kongsikan kepada para pembaca mengenai soalan mahupun pertanyaan lazim dari sebilangan pelanggan, Ianya mengenai projek-projek yang ada di dalam PL/S/792.

Ada baiknya juga pertanyaan-pertanyaan ini di ajukan kepada kami, kerana tanpa adanya pertanyaan tiadalah sebarang jawapan. Kami akan susun mengikut isu pertanyaan paling panas daripada pihak pelanggan.

Isu Terpanas Sudah Semestinya Lobster Air TAwar....

Perkara : Lobster Air Tawar

Soalan : Lat ani apakan?
Jawapan : Lobster air tawar

Soalan : Berapa sudah biskita mengusahakan ani lat ani? selain biskita ada lagikah yang buat usaha ani?
Jawapan : Kami baru jua tahun lepas , dan kalau yang buat usaha ani selain kami memang ada, lebih awal dari kami.

Soalan : Bisdurang yang awal mengusahakan bejual jua kah macam biskita ani?
Jawapan : Setakat ani inda pasti jua tapi inda pulang ada kedengaran lah durang ada menjual tapi kalau usaha dalam membanihkan atu ada.

Soalan : Berapatah hasil lurih kita bejual ke restoran ni? Sekilo berapa tah durang mengangkat?
Jawapan : Sejujur nya alum pernah kami menjual arah mana- mana restoran dan jualan pakai kilo pun belum kami pernah buat sebab masa ani usaha kami cuma membenihkan saja.

Soalan : Kalau inda biskita jual bekilo cemana nasib kami nanti kalau membali tah banih atau induk lapas atu banyak tia membiak kan kami jual kemana? sedangkan biskita pun balum ada hasil menjual bekilo ke mana-mana.
Jawapan : Kalau sudah biskita berhasil boleh menjual macam kami banih, induk membekalkan arah pengusaha yang baru bermula. Masa ani kami inda memikirkan pasal jualan bekilo sasaran kami memperbanyakkan lat ani dulu.

Soalan : Biskita tah inda memikirkan jualan bekilo tapi kami ani bah yang kan mengikut jejak langkah biskita menjadi pengusaha lat ani, tapi kemana hala tujuan kan menjual, sebab kami inda tahu kemana kan di pasarkan.
Jawapan : Kalau bab ani biskita jual semula arah kami kalau inda belurih pelanggan.

Soalan : eh bisai jua tu mun biskita yang membali semula inda jua di khuatiri tu... Inda ada kan susah payah mencari-cari pembali, berapatah sekilo biskita membali semula tu?
Jawapan : Tergantung pemasaran jua, Tapi harga kami paling rendah $5 sekilo dan paling tinggi $20 sekilo kami membali semula tapi indalah tarus mencapai $20 sekilo atu, kami pun meliat macam mana harga angkatan yang kana bagi arah kami insya allah inda lah sampai turun ke bawah dari $5.00

Soalan : Kan betanya jua ada nya bisdurang arah kadai akuarium murah bah bejual sekor, $3.50 ada $5.00 ada $10.00 dua ekor, mengapa arah biskita mahal banih nya atu, Boleh di terangkan kah... sama jua kan tu lat dan jenis nya pun sama kah?
Pertanyaan : Lat atu memang sama lat, cuma ada beza di kadai akuarium kebanyakkan nya dari thailand dan ada jua hybrid. Sudah atu pemakanan nya, lat di kadai akuarium atu durang jaga sebagai udang hias bukan udang udang di makan. Selanjutnya lagi kalau di liat kadai akuarium bejual lat mana ia kan nyimpan bebagi-bagi, masuk saja dan jual inda ya mahu tahu bab penyakit yang boleh timbul. Perbezaan paling basar adalah khidmat kami, dan fokus penjualan kami sepenuh nya mengenai lat ani, durang memang sibuk dengan ikan lagi. Kalau kami biskita bawa chat dari hp memang membalas selagi bangun tapi cuba biskita cuba bawa soal jawab minta tunjuk ajar dari bisdurang macam mana jawapan nya. Jadi kami inda menghalang pada sesiapa pun kan membali dari kadai akuarium atu masing-masing tah punya kepercayaan.

Ok mungkin setakat ani saja kami kongsikan beberapa soalan dan pertanyaan yang selalu kana isukan arah kami...

Mudahan biskita mendapat menafaat dari kebaikkan yang ada dan mana yang inda baik atu buang saja ke laut

Comments