Skip to main content

Projek Penjualan Lat Hidup




Projek lat hidup adalah salah satu projek yang terbaru kami bincangkan dan ianya mungkin lebih cepat penghasilannya daripada projek - projek lat yang lain. Namun projek ini sama sekali tiada kategori bayaran secara ansuran walaupun lebih cepat mendapatkan penghasilan. 

Juvana (benih lat) yang di perlukan lebih kurang 1000 ekor bagi melaksanakan perjalanan projek ini tidak terputus. Keuntungan daripada penjualan lat juvana perekor mencapai $2 sehingga $3, manakalan penjualan secara set pula mempunyai keuntungan yang hampir sama namun bezanya cuma kurang $1. 

Mungkin jika di lihat dari hasil keuntungan tersebut nampak tersangat rendah tetapi adakah setakat ini sahaja projek lat hidup akan berkembang? 

Projek lat hidup amat berlainan dengan projek pembenihan, walaupun sama lat yang hidup namun penghasilan nya sangat ketara berbeza. Dari segi apakah perbezaan yang kami maksudkan? 

Projek pembenihan memerlukan waktu dan tempoh yang agak lama walaupun lat boleh bertelur sebanyak 3-4 dalam satu tahun namun sasaran projek pembenihan adalah pasaran purata dalam negara dan luar negara. Jadi projek ini memerlukan waktu agar pembekalan kepada pihak pelanggan tidak terputus. Walaupun hasil selepas 24 bulan nanti agak besar jumlah nya jika di bandingkan dengan projek lat hidup.

Lat hidup pula dalam anggaran cuma boleh menghasilkan penjualan sebanyak 10 set hingga 20 set juvana dalam tempoh satu minggu atau dua minggu dan hasil nya pula boleh di terima setiap 3 bulan selagi lat terjual. 1 set juvana pula berharga $70 untuk 10 ekor maknya nya di sini dalam satu minggu sehingga 2 minggu hasil keuntungan baru mencapai $200 sehingga $300. Tetapi keuntungan akan segera menjadi berganda antara $4 sehingga $6 per ekor dan per set pula akan kurang $1 setiap seekor.

Bagaimana pula boleh menjadi berganda? 
Kami akan jelaskan selepas ini nanti. Lat yang kami pasarkan sudah termasuk dengan khidmat untuk memberikan tunjuk ajar dan pertanyaan-pertanyaan melalui whatapps mahupun melalui secara bersemuka. Jadi tidak hairanlah mengapa harga kami lebih tinggi dari mana-mana peniaga yang membekalkan lat di Negara ini. Penjagaan kualiti juga sasngat kami utamakan dan paling terakhir sekali kami akan membeli lat biskita apabila sudah cukup waktunya bagi melancarkan pembekalan secara beasr-besaran lat di Brunei Darussalam.

Dari penerangan dan penjelasan ini pihak pelanggan sendiri sudah dapat membuat keputusan dengan bijak sama ada ingin membeli dengan pihak kami ataupun tidak. Tiada sebarang paksaan sama sekali jika tidak membuat pembelian dengan pihak kami. Kerana projek yang kami jalankan adalah projek jangka waktu panjang bukan setakat 1 tahun sehingga 2 tahun. Jika di izinkan dan memang sudah menjadi sumber rezki pendapatan kami ingin menjalankan usaha ini sehingga bila-bila selagi mana adanya sokongan dan dukungan daripada warganegara ini. 

Kembali dengan harga penjualan lat yang boleh menaik harga nya....

Juvana 
1 ekor $10.00 
satu set 10 ekor $70.00
Satu unit 25 ekor $180.00
Usia juvana 3-4 bulan 

Induk Pramula 
1 ekor $15.00 
1 set 10 ekor $120.00
Satu unit 25 ekor $220.00
Usia induk pramula 5-6 bulan

Induk matang 
1 ekor $25.00 
1 set 10 ekor $220.00
1 unit 25 ekor $250.00 
Usia induk matang 7 bulan ke atas

Dari sebutan harga penjualan di atas dari manakah keuntungan nya?
Juvana jika sudah berubah usia dari 4 bulan mencapai 5 bulan harga sudah berubah kerana ia bukan lagi dalam kategori juvana tetapi dalam kategori induk pramula. Manakala mencapai usia 7 bulan pula sudah menjadi induk matang. 

Harga kami sediakan sudah pakej dengan khidmat khusus bagi pelanggan yang memerlukan tunjuk ajar dari segi persiapan pemeliharaan lat.

Dalam waktu yang sama pula ada beberapa juvana mula bertelur, pengasingan akan di buat bagi memastikan ianya boleh menghasilkan pembenihan dengan lancar. Di sini kita sudah dapat membuat penjualan dan dapat pula membenihkan dalam satu projek ada dua perkara boleh di hasilkan.

Kita akan mendapatkan bekalan lat daripada pihak pelanggan yang sudah pernah membuat pembelian dengan pihak kami dan ini akan memudahkan urusan tanpa perlu ke luar negara.Pembahagian Hasil


Pembahagian hasil penjualan memang akan di terima setiap 3 bulan satu kali dan tempoh menerima pula akan di maklumkan dalam bab penjualan slot projek lat hidup. 

Sasaran pemasaran 

Sasaran pemasaran adalah para pengusaha yang berminat untuk terjun dalam bidang penternakan lat ini. Tidak kiralah ia pelanggan baru atau lama selagi mereka minta bekalkan kita akan cuba bekalkan. Memandangkan adanya permintaan daripada pihak pelanggan yang sangat berminat dalam usaha penternakan lat ini jadi kami rasa inilah waktu yang sesuai untuk menjalankan projek lat hidup.

Pembahagian hasil pula akan kami contohkan di sini mengikut kiraan peratus
Setelah di tolak keseluruhan modal dan kos hasil bersih keuntungan penjualan akan kami jadikan nilai 100% 

100% akan di bahagi kepada dua bahagian 
50% akan di jadikan simpanan bagi gerakan penambahan lat agar modal awal dapat lagi di tambah dengan penambahan bajet
50% pula akan kami jadikan kiraan menjadi 100% 
Dari jumlah 100% ini akan kami pecah kepada dua bahagian,
40% akan menjadi bahagian kami sudah termasuk kos lain yang tidak berkenaan dengan pembelian juvana dan 60% adalah bahagian pihak pembeli slot

Jumlah akan terkumpul tanpa putus selagi sistem ini di jalankan dengan baik


Penjualan Slot Projek Lat Hidup

Slot di sini kami bukakan sangat terhad dan akan mula di pasarkan pada hari ini 25 mei 2019 dan akan mula di tutup pada 30 jun 2019. Sama ada penjualan slot ini penuh atau tidak ianya tetap akan di tutup pada tarikh yang sudah menjadi penetapan. Pembelian lat hidup memang sudah di mulakan pada tarikh slot ini di bukakan. 

PLH-1 
Tempoh menerima hasil 3 bulan satu kali
Tempoh jangka menerima penghasilan 24 bulan \
Slot di bukakan 20 unit sahaja
Harga per slot $500.00

PLH-2
Tempoh menerima hasil 3 bulan satu kali
Tempoh jangka menerima penghasilan 36 bulan \
Slot di bukakan 20 unit sahaja
Harga per slot $1,000.00

PLH-3
Tempoh menerima hasil 3 bulan satu kali
Tempoh jangka menerima penghasilan 48 bulan \
Slot di bukakan 20 unit sahaja
Harga per slot $5,000.00

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian topline kami +6738394606


Comments