Skip to main content

Projek Penanaman Stevia Secara Komersial




Stevia atau nama panjang nya Stevia Rebaudiana adalah keluarga keturunan kepada bunga matahari, Suku sakat mereka adalah daripada baka yang sama, Begitulah menurut para pakar meneliti mengenai aliran keturunan tumbuhan pengganti bahan pemanis ini. Stevia ini di percaya mempunyai keistimewaan sebagai herba perubatan yang mana ianya boleh mengurangkan penyakit kencing manis walaupun ianya lebih manis 300 kali daripada gula. Pohon stevia ini daripada negara sebelah eropah, ianya sudah lama di gunakan di bahagian negara amerika selatan. Brazil dan paraguay adalah negara yang sudah berkurun lama menggunakan stevia sebagai pemanis teh dan ubat-ubatan.

Kerana mempunyai keunikan tersendiri akhirnya ramai para penyelidik dan pengkaji tumbuhan berminat untuk mengenali lebih mendalam lagi tentang tumbuhan stevia rebaudiana ini. Sehinggakan berbagai-bagai persepi serta isu mula timbul mengenai pohon ini. Negara jepun pula sudah melebihi 80 tahun menggunakan stevia sebagai bahan pengganti gula. Memandangkan ianya amat baik untuk kesihatan. Stevia mempunyai daun yang manis dan ada rasa kelat-kelat daun. Bermacam-macam penghasilan boleh di dapati daripada stevia ini. Potensi pemasaran pun sangat bagus, jadi kami akan cuba untuk membuat penanaman stevia dengan keluasan tapak satu ekar tetapi kami tidak akan tanam ke atas tanah buat masa ini. Ianya akan di semai ke dalam pollybag bagi menjaga kualiti kesuburan nya.

Pada masa ini sudah bermacam-macam penghasilan produk yang di keluarkan daripada stevia. Negara kita amat berpeluang tinggi untuk menjadikan stevia ini sebagai salah satu penghasilan negara apatah lagi peluang untuk kita menjadi pembekal kepulauan borneo pun amat cerah jika kita berusaha dengan gigih.

Di bawah ini adalah contoh-contoh produk yang sudah terhasil daripada stevia


Sekiranya penghasilan produk seperti di atas belum dapat kita capai itu tidak mengapa, Namun kita teruskan menyemai dan membenih stevia, Kita buat persiapan lebih awal dalam tempoh 2 hingga 3 tahun ke depan. Pada waktu itulah akan kita ketahui nilai potensi tanaman stevia ini.


Foto dari halaman sesawang pengusaha stevia

Pada masa ini pihak kami juga mula menyemai dan membenihkan pohon stevia ini. Insya Allah dalam tempoh 6 bulan ke depan waktu untuk kami perkenalkan tanaman ini dengan mengadakan kelas (bukan seminar) latihan bagi menyemai dan menjaga pohon ini akan bermula jika tiada sebarang halangan.

Kami juga membukakan penjualan slot syer bagi pembenihan pohon stevia ini. Sila terus mengikuti blog kami ini dari masa ke semasa agar tidak tertinggal untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.
Doakan sahaja agar usaha kami ini akan berjaya.

"Impian Dan Harapan Sesetengah warga Itu Ada Pada Sesama Warga"

Comments