Skip to main content

Projek Pembenihan LAT



Inilah kolam mula-mula sekali kami gunakan

Projek Pembenihan

Projek pembenihan LAT,

Adalah satu-satunya projek yang paling banyak mendapat sambutan, dalam sepanjang pihak kami mengkomesialkan usaha ternakan latn ini. Sebelum ini kami sebutkan sebagai pakej penjagaan. Ada beberapa pakej penjagaan yang kami bukakan pada ketia itu.
1. Pakej penjagaan kongsi kolam
2. Pakej penjagaan persendirian
3. Pakej penjagaan kongsi kolam dengan kiraan slit

Namun kesemua pakej di atas telah pun kami senaraikan sebagai pelanggan utama terawal yang telah sedia menyambut usaha ternakan lobster air tawar ini. Kerana jasa mereka yang sangat besar bagi kami, akhirnya keseluruhan slot yang di beli kami pindahkan ke tapak baru bagi melanjutkan pembenihan. Dengan memberi penghormatan pada jasa mereka ini tempoh
penjagaan yang sepatutnya tamat dalam jangka waktu 12 bulan kini di panjangkan menjadi 24 bulan dan bagi yang sudah mempunyai tempoh panjang akan kami sediakan ruang berpatutan bagi menjaga lat-lat milik mereka.

Setelah pemindahan syarikat pihak kami mengatur kembali keseluruhan susunan carta yang tidak menentu sebelum ini, dan kini pakej penjagaan akan di sebut sebagai projek pembenihan. Ianya akan di bukakan penjualan slot syer sepertimana sebelum ini kerana adanya sambutan daripada orang ramai. Namun ada beberapa perubahan akan di buat di sini terutama sekali bab urusan jual beli kembali. Sebelum ini kami membeli dengan kiraan per ekor tetapi selepas jangka waktu yang telah di tetapkan pihak kami akan membuat pembelian dengan kiraan kilo.

Projek pembenihan kali ini lebih menjurus dalam perkongsian kolam sahaja. Jika ada yang berminat untuk membuat pembelian pakej penjagaan persendirian ianya akan kami syorkan untuk membuat pembelian slot sangkar di tapak kolam perladangan baru jalan parit masin.

Projek pembenihan ini akan ada dua kategori
1- Pembayaran secara tunai
2- Pembayaran secara ansuran

Keseluruhan pelanggan termasuk yang terawal akan menandatangani perjanjian baru yang mana ianya akan tercatat pada tarikh bulan mei 2019. Keseluruhan pengiraan akan kami paparkan pada lampiran selanjutnya nanti.

Sekian terima kasih

Comments

Post a Comment