Skip to main content

Projek Lobster Air Tawar

Inilah kawasan penternakan udang kara air tawar (tapak terbaru)


Ruang Kolam Dalam Rumah 

Inilah lobster Air Tawar jenis Red Claw


Projek Lobster Air Tawar 

Projek ini bukanlah cuma satu bahagian sahaja, Ianya termasuklah memberikan tunjuk ajar kepada para pengusaha baru sama ada yang bergiat di dalam rumah, di luar kawasan rumah mahupun menggunakan ruang kolam tanah seperti gambar di atas. Projek ini lebih menjurus kepada usaha memperbanyak pembenihan udang kara air tawar ini dan secara tidak langsung pihak kami juga membekalkan induk serta juvana udang kara ini. Kami telah mengkomersialkan penjualan Lobster air tawar ini (lat) pada tahun lepas dalam bulan april. Sasaran penjualan yang kami buat lebih fokus kepada membekalkan benih dan induk agar bertambahnya poengusaha ternakan lat di Negara Brunei Darussalam.

Dalam Projek Lat ini ada beberapa bahagian yang akan kami paparkan di sini. Termasuklah pakej-pakej penjagaan yang kami sediakan buat pihak pelanggan. Pada mulanya kami mengusahakan ternakan ini cuma di dalam rumah sahaja, Namun Menjelang tahun 2019 pada bulan april, bersempena genapnya satu tahun usia pemasaran secara komersial, Insya Allah kami akan mula berpindah tapak ke satu kawasan perladangan yang mana ianya mempunyai sumber air mata dan ada 3 buah kolam sepanjang 56 kaki panjang dan 15 kaki lebar.

Tapak ini akan kami gunakan bagi pembenihan secara besar-besaran, dan jika ada pihak yang berminat untuk membuat usahasama dalam memajukan ternakan lat ini, pihak kami amat mengalu-ngalukan jika sesuai dengan perjanjian antara kedua belah pihak. Kami juga akan membukakan penjualan slot syer projek lat ini dan ada baberapa bahagian pecahan dalam kategori penjualan slot ini.

Dari segi pemasaran para pengusaha mahupun pihak yang membuat pembelian slot syer dengan kami, tidak perlu risau dan khuatir. Pihak kami akan membuat pembelian kembali lat yang di ternak dari kami dan juga lat yang telah di beli melalui slot pakej penjagaan. Kami akan memastikan agar pihak pelanggan tidak akan mengalami kerugian setelah membuat pelaburan dengan pihak kami.

Sasaran daripada tahun 2019 sehingga 2021, Penghasilan benih setiap kali induk melahirkan berjumlah sebanyak 1 juta ekor dan dalam usia matang pula kami ingin mencapai sehingga 5,000 kilogram setiap kali penuaian. Kami juga akan tetap untuk meminta khidmat nasihat daripada pihak jabatan perikanan agar sentiasa menghasilkan pembenihan berkualiti dan bermutu. Di elakkan daripada sebarang penyakit.

Kami bukan bersaing untuk menunjukkan siapa hebat tetapi kami sedang melakukan usaha untuk memperkembangkan perekonmomian. Jika untuk bersaing bagus ikuti mana-mana pertandingan yang boleh mendapat gelaran juara,naib jura dan seterusnya. Di sini kami ingin sangat memperkembangkan usaha menternak udang kara air tawar ini untuk mempertingkan lagi usaha perekonomian dalam dunia perniagaan. 

Mengapa kami memilih lobster air tawar ini? 
Kami memilih lobster air tawar ini kerana ianya belum lagi ada pengusaha yang menjalankan usaha ini secara berpanjangan. Kebanyakan pengusaha yang terawal pernah menemui pihak kami dan kini kembali aktif kembali dalam usaha menternak lat ini, Satu hal paling besar menjadi beban kepada mereka adalah bab pemasaran. Kemana kah hala tuju pemasaran dan bagaimana pula dengan sambutan penjualan di dalam Negara Brunei Darussalam? 
Kisah ini mereka kongsikan setelah beberapa tahun berlalu dan ini ada yang sudah berlalu 4 tahun ada 5 dan juga 7 tahun lepas. Sekarang pihak kami mula mengkomersialkan pula lat secara lebih terbuka. Adakah kami tidak merasakan kebimbangan yang sama, mengenai pemasaran? Cuba bayangkan jika kami berhenti setakat ini? Sudah pasti akan ada pihak yang bangkit meneruskan perjuangan usaha menternak lat ini.

Perlukah kita membuat sesuatu usaha itu setelah ianya banyak di pasaran atau kita sendiri adalah jenis yang lebih suka menilai hasil baru ikut terjun? Dalam waktu yang sama kita sedang mencari ruang untuk meraih keuntungan dan jika dalam jangka waktu yang sama terjadinya kerugian kita pun tidak tahu apa akan di lakukan kerana cuma ikut sahaja alunan gelombang pemasaran. 

Dalam setiap usaha itu tergantung kepada keyakinan mereka yang menjalankan perniagaan, Seperti lat, ianya ada ramai bilangan warga tempatan arif dengan lat dan mengetahui potensi sebenar lat. Sebab itulah kami menggunakan Gabungan Usahawan Brunei sebagai sebutan memandangkan ada banyak bilangan ahli fikit cerdik pandai di Negara ini. Sudah setentunya di antara jumlah yang menyertai pasti ada idea-idea dan kepakaran pada diri masing-masing. Kami lebih suka jika banyak pandangan dan juga cadangan apatah lagi dalam pemasaran lat ini.

Pada ruangan selanjutnya akan kami terangkan inti projek lobster air tawar dan juga pecahan-pecahan lain nya aagar dapat di ketahui oleh orang ramai mengenai usaha penternakan ini.

Comments